TKPO tinjau gerak kerja AADK Daerah Putrajaya

Oleh: Mastura Muklas

PUTRAJAYA, 15 September 2022 – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Agensi Antidadah Kebangsaan, Dato’ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin mengadakan tinjauan bagi memantau gerak kerja dan operasi yang dilaksanakan di AADK Daerah Putrajaya baru-baru ini.

Pemantauan itu bagi memastikan pelaksanaan operasi di daerah berkenaan seiring dengan keputusan dasar yang dibawa di peringkat negeri dan ibu pejabat.

Dalam tinjauan itu, Dato Dr Muhamad Sade turut menyampaikan nasihat, amanat dan teguran kepada kakitangan AADK Putrajaya agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat.

Dato Dr Muhamad Sade turut menyampaikan nasihat, amanat dan teguran kepada kakitangan AADK Putrajaya โ€“ Gambar AADK

Selain itu, tinjauan itu juga bertujuan untuk bersua muka dan menyantuni warga AADK Putrajaya.

Terdahulu Datoโ€™ Muhamad Sade diberi taklimat pengoperasian oleh Ketua AADK Daerah Putrajaya, Nik Mohd Azuran Raja Abdullah.

Dalam pada itu, beliau turut mengambil kesempatan melawat pusat jagaan orang tua, Laman Khaira, Presint 16 Putrajaya bagi menyantuni klien AADK yang mendapat peluang pekerjaan di pusat berkenaan.

Klien-klien telah menerima cenderamata sumbangan daripada Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Putrajaya sebagai tanda sokongan komuniti kepada klien yang sedang menjalani Program Rawatan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK). โ€“ Gambar AADK

Usaha itu seiring dengan modul integrasi sosial dan latihan kemahiran dalam Model i-Pulih AADK dengan peluang pekerjaan kepada klien AADK disamping menjalani program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK).

Accessibility Toolbar