SKUAD Antidadah Barat Daya anjur program memanah

Oleh: Aris Tahir

BUKIT GEDUNG, 3 Mac 2024 – Sukarelawan SKUAD Antidadah Daerah Barat Daya dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Barat Daya mengadakan Program SKUAD Antidadah ‘Klinik Memanah’ di bawah kluster SKUAD Aktif.

Program siri 1 itu dijalankan selama dua hari melibatkan pelajar sekolah dan remaja bertujuan membentuk jati diri yang jitu dan dapat mencungkil bakat dalam kalangan pelajar, remaja dan Ahli SKUAD Antidadah.

Selain itu, turut diadakan pendaftaran ahli sukarelawan SKUAD Antidadah sebagai tanda solidariti penduduk bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah dan bahan.

Terdahulu Ketua AADK Daerah Barat Daya, Ibrahim Muhamad Said hadir merasmikan program berkenaan.

Turut hadir Pengerusi SKUAD Antidadah Daerah Barat Daya, Muhamad Faris Mohd Firdaus.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, melalui program sebegini akan memberi kesedaran tentang kepentingan memastikan komuniti bebas daripada sebarang pelencongan sosial khususnya penyalahgunaan dadah.

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat, semoga kerjasama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Accessibility Toolbar