Sistem sokongan faktor kejayaan kepulihan klien

Oleh: Amir Zahien, Hakim Suhaimi dan Faris Shamsuddin

SUBANG JAYA, 11 November 2022 – Inisiatif Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan kumpulan yang menjadi sistem sokongan antara faktor kejayaan pengekalan kepulihan klien yang mengikuti program rawatan dan pemulihan di agensi itu.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, kumpulan sokongan tersebut terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD), Ahli Lembaga Pelawat (ALP), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Mentor Kepulihan AADK dari seluruh negara.

Kata beliau, fungsi dan peranan kumpulan itu amat penting dalam memenuhi keperluan kepulihan seseorang individu dalam proses pemulihan.

โ€œKita sedia maklum, apabila kita ingin melakukan usaha-usaha memulihkan dan mengekalkan kepulihan kepada mereka, kita perlu menyediakan empat Modal Kepulihan, seperti Modal Insan, Modal Sosial, Modal Ekonomi dan Modal Budaya atau Agama kepada setiap klien kita. ย 

โ€œJusteru itu, segala usaha yang diberikan kepada klien adalah Modal Sosial yang merupakan salah satu komponen penting dalam Model i-Pulih AADK.

โ€œMaka atas dasar itulah, entiti-entiti seperti JKPD, ALP, PRS dan Mentor Kepulihan AADK diperkukuhkan dari semasa ke semasa dan menjadi Rakan Pintar paling akrab AADK, ibarat seperti โ€˜Aur dengan Tebingโ€™. Tidak lengkaplah usaha-usaha kepulihan tanpa komitmen dan sokongan ini,โ€ katanya.

Sumbangan dan penglibatan kumpulan sokongan dalam membendung dan menangani permasalahan dadah amat dihargai AADK. – Gambar AADK / Faris Shamsuddin

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Hari Apresiasi Kepulihan Peringkat Kebangsaan 2022 di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Tuan Sutekno berkata, program yang bertemakan โ€˜Kebersamaan Pemangkin Pengekalan Kepulihanโ€™ berkenaan diadakan adalah satu platform AADK dalam mengiktiraf dan menghargai ย jasa, pengorbanan, masa, tenaga dan wang ringgit yang dicurahkan dalam membantu dan menyokong usaha-usaha AADK dalam merawat pulih klien di peringkat negeri, daerah mahupun Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).

โ€œSaya difahamkan, seramai 315 terdiri daripada JKPD, ALP, PRS dan Mentor Kepulihan AADK hadir pada malam ini.

โ€œIni jelas menunjukkan lambang kebersamaan, sokongan, komitmen dan kesepakatan dalam merealisasikan aspirasi bahawa kepulihan adalah tidak mustahil untuk dicapai,โ€ ujarnya.

Sementara itu, beliau menambah, program yang diadakan selama dua hari menyediakan pelbagai pengisian menarik dan berinformasi selain berkongsi amalan terbaik dalam usaha memperkasakan komuniti bagi pengekalan kepulihan klien yang disampaikan sendiri oleh wakil dalam kalangan kita. ย 

Accessibility Toolbar