PUSPEN Sukarela jadi rujukan NDA Maldives

Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat

KUALA LUMPUR, 6 Februari 2024 – Kaedah rawatan dan pemulihan secara sukarela yang diperkenalkan AADK melalui Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) berjaya menjadi tarikan National Drug Agency (NDA), The Republic of Maldives dalam siri lawatan kerja mereka di PUSPEN Sungai Besi, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Kunjungan delegasi yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, NDA Maldives, Imad Soleh tersebut adalah betujuan untuk melihat sendiri proses rawat pulih yang menggunakan Modul i-Pulih AADK khususnya dalam aspek sukarela.

Rombongan yang disambut Ketua Penolong Pengarah (Antarabangsa) AADK, Norkumala Abdul Rahman adalah berdasarkan kepada teras ke lima dalam Dasar Dadah Negara (DDN) iaitu mempertingkat kerjasama antarabangsa dengan menjalin hubungan strategik.

Sesi itu turut melibatkan pertukaran amalan terbaik dan kemahiran bersama negara luar.

Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan dan idea berkenaan situasi masalah dadah di kedua-dua negara selain menyampaikan hasrat untuk meneroka kerjasama bagi mempertingkat perkhidmatan pendidikan pencegahan, rawatan dan [emulihan serta penguatkuasaan undang-undang dadah.

Turut hadir Pengarah PUSPEN Sungai Besi, Kuala Lumpur, Nurshuhaila Ab Rahman.

Accessibility Toolbar