Projek 3D Urine Box juara KIK AADK 2023

Oleh: Nabila Rashid

KAJANG, 17 November 2023 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor melalui Kumpulan IDEA muncul johan dalam Konvensyen Inovasi dan Hari Kecemerlangan (KIK AADK) 2023 dengan mempertaruhkan projek tiga dimensi (3D) Urine Box.

Projek itu adalah satu cadangan baharu untuk meningkatkan kualiti dan memudahkan pegawai dalam perlaksanaan pengambilan gambar botol urine bagi urusan dokumentasi secara lebih efektif.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, kejayaan itu menggambarkan komitmen warga AADK untuk terus berusaha dalam meningkatkan kecekapan, keberkesanan, dan impak positif yang dapat diberikan kepada masyarakat.

โ€œSyabas dan tahniah diucapkan kepada semua pusat tanggungjawab (PTJ) yang telah menyertai dan menghasilkan pelbagai projek inovasi untuk pertandingan yang telah diadakan.

โ€œInovasi adalah pendorong utama untuk pertumbuhan dan kemajuan dan dalam era yang penuh dengan cabaran dan perubahan, keupayaan kita untuk berinovasi adalah kunci kejayaan kita,โ€ katanya ketika berucap merasmikan KIK AADK 2023 di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno berkata, inovasi adalah elemen penting untuk mendapat pengiktirafan terhadap segala usaha cemerlang dan idea kreatif yang telah melonjakkan prestasi jabatan.

โ€œSaya berharap agar usaha-usaha inovasi ini tidak terhenti setakat ini sahaja, malah dikembangkan atau dilihat potensinya di tempat lain.

โ€œSaya cadangkan agar projek-projek yang dihasilkan dapat dinaik taraf supaya dapat diangkat untuk menyertai pertandingan-pertandingan berprestij di peringkat yang lebih tinggi.

โ€œMari kita teruskan tradisi kecemerlangan dengan semangat inovasi yang lebih tinggi, supaya AADK sentiasa relevan, dinamik, dan proaktif dalam mendepani cabaran semasa,โ€ katanya.

Menerusi program itu, seramai 20 penyertaan terdiri daripada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan AADK Negeri menyertai konvensyen berkenaan yang diadakan selama tiga hari bermula 15 November 2023 lalu di AADK Ibu Pejabat.

Sementara itu, naib johan diraih oleh KOKORO, iaitu kumpulan pakar Mobile Recovery Treatment (MRT AADK) dengan memperkenalkan inovasi penyampaian perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara bergerak dan di luar daripada kebiasaan yang dilaksanakan AADK sebelum ini.

Tempat ketiga pula disandang oleh PUSPEN Raub dengan mempertarukan projek inovasi Manfaat Pelepah Sawit yang dijadikan sebagai sumber tenaga alternatif gas memasak.

Dalam perkembangan sama, Anugerah Kecemerlangan AADK Negeri telah dianugerahkan kepada AADK Negeri Pulau Pinang manakala PUSPEN Karak memenangi Anugerah Kecemerlangan bagi kategori PUSPEN.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Tuan Khairul Anwar Bachok, Pengarah-pengarah Bahagian, Negeri, serta PUSPEN.

Accessibility Toolbar