Program Sihat Cergas Dan Langsing Sempena Hari Sukan Negara 2018

12 Oktober 2018- Agensi Antidadah Kebangsaan telah menganjurkan satu program Sihat Cergas dan Langsing sempena Hari Sukan Negara 2018. Program ini diadakan di Cure and Care Rehabilitation Centre Dengkil  Serta gelanggang Futsal Up Town  Bangi dengan kerjasama AADK Negeri Sembilan, Negeri Selangor, AADK Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan semua kakitangan AADK mengamalkan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Dalam masa yang sama program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan staff AADK dari seluruh negeri yang berbilang bangsa dan agama.

Sebanyak tiga acara yang dijalankan pada program ini, iaitu program berbasikal sejauh 20 KM bermula dari Ibu pejabat AADK hingga ke CCRC Dengkil ini melibatkan serami 50 orang peserta. Acara kedua ialah acara zumba yang diadakan di CCRC Dengkil melibatkan seramai 200 orang peserta terdiri daripada AADK Negeri, ADDK Ibu Pejabat dan Klien dan yang terakhir iaitu pertandingan futsal Piala Ketua Pengarah AADK.

AADK mengharapkan agar program sebegini dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan semua kakitangan AADK sentiasa mengutamakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah dan menyumbang kepada pembinaan negara yang lebih baik.

Accessibility Toolbar