Program Pembangunan Kerjaya Dan Kemahiran (Kursus Pembuatan Kudapan)

Kuala Langat – 24 Jun 2019, AADK telah mengadakan program pembangunan kerjaya dan kemahiran (kursus pembuatan kudapan) bertempat di Rumah Komuniti Taman Kemuning bersama sama OKP daerah ini.

Program dihadiri seramai 30 org terdiri pegawai AADK dan OKP daerah. Program yang mendapat kerjasama KEMAS Dun Morib ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta asas pembuatan kudapan yang mudah. Selain dari itu, ia juga dapat meningkatkan minat peserta dlm bidang pembuatan makanan sekaligus membuka peluang mereka mendapatkan pendapatan sampingan. Program ini juga memberi pendedahan pelbagai kemahiran agar ia boleh menjadi pilihan kerjaya mereka di masa hadapan.

Turut memberi kerjasama iaitu tenaga pengajar dan perkongsian ilmu dari cikgu KEMAS Dun Morib iaitu Puan Manirah binti Jekan merasakan ini adalah satu usaha yang baik bagi menerapkan semangat keusahawanan dalam diri klien. Semoga program ini dapat membantu klien untuk kembali pulih dan kembali semula kepada masyarakat.

#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawab

Accessibility Toolbar