PPAD gariskan hala tuju angkat Skim Antidadah ke arah lebih tinggi

Oleh: Jackson Vincent

KAJANG, 23 Januari 2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (PPAD) Bilangan 1 Tahun 2024 telah diadakan yang dipengerusikan Presidennya, Mohd Azlan Ahmad bersama 15 AJK yang menganggotai jawatankuasa bagi penggal 2023 / 2025.

Mesyuarat AJK PPAD kali ini adalah kali pertama bagi tahun 2024 menyaksikan perbincangan menyeluruh hasil daripada aktiviti yang telah dilaksanakan tahun 2023 untuk ditambah baik pada tahun ini.

Dalam mesyuarat terbabit, keputusan telah dicapai bagi merangka strategi untuk menggerakkan hala tuju mengangkat Skim Antidadah ke arah yang lebih tinggi lagi.

Azlan berkata, semua biro telah diminta untuk melakukan perancangan sepanjang tahun bagi melaksanakan aktiviti selaras dengan objektif PPAD.

“Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan baik berdasarkan perancangan yang diputuskan bersama dan saling membantu untuk mencapai keputusan dikehendaki”, ujarnya ketika dalam mesyuarat itu di sini, pada Selasa.

Mohd Azlan berucap ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (PPAD) – Gambar AADK / Jackson Vincent

Dalam pada itu, Azlan menambah, mesyuarat juga bersetuju untuk memberi sumbangan khairat kematian kepada keluarga ahli PPAD yang telah meninggal dunia sebagai menghargai sumbangan sepanjang tempoh ahli berkhidmat.

“Kita berharap lebih ramai pegawai AADK akan menyertai PPAD bukan hanya kerana keistimewaan ini malah atas kesedaran bahawa bersatu melalui persatuan boleh membawa kebaikan bersama” tambahnya.

Accessibility Toolbar