Laporan Program Seminar Integrity Champion Siri 1 Tahun 2021

Kajang, 24 Mac 2021  – Seminar Integrity Champion 2021 telah diadakan secara tele sidang telah diadakan sebagai usaha pengukuhan integriti yang berfokus kepada warga AADK. Ia selaras dengan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.  Tujuan utama seminar ini dijalankan adalah untuk memupuk kesedaran berterusan dalam kalangan pegawai dan kakitangan AADK berkenaan akuantabiliti, kejujuran, dan amanah samada di dalam atau di luar waktu bertugas. Selain itu ia juga diharap dapat membantu meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan integriti dan tatatertib dalam perkhidmatan awam.

Peserta Seminar Integrity Champion Siri 1 Tahun 2021 ini terdiri dari kakitangan kumpulan sokongan daripada Gred 19 dan ke bawah dari AADK Ibu Pejabat, AADK Negeri, PLAK, PUSPEN dan AADK Daerah iaitu seramai 200 orang peserta. Dua orang penceramah berpengalaman iaitu Puan Suzilla binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Perkhidmatan, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam mengulas tajuk berkaitan ”Tatatertib Penjawat Awam dan Revolusi Industri 4.0” dan Kepten (M) Nik Kamaruddin bin Yunoh, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Pengurusan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, berkaitan ”Integrity Champion” telah dijemput bagi menyampaikan ilmu-ilmu pengukuhan integriti kepada peserta. Turut hadir bersama menjayakan program adalah YBrs. KPKPj Tuan Rostam bin Abu Hassan, Pengarah Unit Integriti AADK.

Accessibility Toolbar