KP AADK rasmi mesyuarat agung PPAD

Oleh: Rashdan Zakaria

KAJANG, 13 April 2023 – Mesyuarat Agung Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (PPAD) berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat AADK pada Khamis.

Mesyuarat agung berkenaan menyaksikan pembubaran Ahli Jawatankuasa lama dan pemilihan Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2023 sehingga 2025.

Dalam pemilihan itu, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Sumber Manusia Latihan, Mohd Azlan Ahmadi dilantik sebagai Presiden baharu bagi menerajui PPAD bagi tempoh dua tahun.

PPAD adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 6 November 2008 bertujuan untuk mengukuhkan jalinan perpaduan dalam kalangan ahli-ahli berdaftar, menjaga kebajikan dan memperjuangkan kemajuan perkembangan kerjaya ahli.

Ahli persatuan terdiri daripada pegawai agensi yang bertugas di Pejabat AADK Negeri, Pejabat AADK Daerah dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) seluruh negara.

Terdahulu Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon merasmikan mesyuarat berkenaan.

Turut hadir Timbalan Ketua pengarah (Operasi) AADK Dato’ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin serta pegawai agensi dari seluruh Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.