Kerja perlu ikut kaedah terkini, bukan budaya lama – KP AADK

Oleh: Rashdan Zakaria

KOTA KINABALU, 24 Ogos 2023 – Semua warga kerja Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu mengetahui secara terperincil tentang kaedah-kaedah terkini khususnya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan bagi ketiga-tiga bidang teras agensi.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, segala tindakan yang dipertanggungjawabkan boleh dilaksanakan secara tuntas dan berkesan jika kesemua kaedah dan amalan kerja yang dilakukan diperingkat bawah adalah tepat dan betul.

โ€œSekarang ini, semua sudah buat kerja masing-masing, jadi kita cuba renung (melalui bengkel ini) adakah amalan (pelaksanaan program rawatan dan pemulihan) sebelum ini betul atau tidak.

โ€œJika selari dengan hasil bengkel, maka kita memang boleh buat kalau kita tahu kaedah untuk laksanakannya,โ€ katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Pemantapan Kompetensi Ketua Unit Rawatan dan Pemulihan Zon Sabah dan Sarawak di sini pada Khamis.

Ahli jawatan kuasa dan kakitangan menghadiri bengkel Pemantapan Kompetensi yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah AADK. Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Turut hadir Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan; Pengarah AADK Negeri Sabah, Nani Sikin, Pengarah AADK Wilayah Persekutuan, MD Razif Wan dan Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Papar, Roswati Apin.

Mengulas lanjut, Tuan Sutekno berkata, pelaksanaan bengkel seperti itu adalah untuk memastikan semua Ketua Unit atau pegawai yang mengendalikan program rawatan dan pemulihan mengetahui kaedah-kaedah yang sepatutnya dilaksanakan.

โ€œKita tidak mahu ada di antara kita melakukan kerja tanpa mengetahui kaedah atau standarad prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan sama ada mereka mengikut budaya-budaya lama atau sebagainya.

โ€œOleh itu, kita laksanakan bengkel ini secara berfokus untuk memberi pendedahan secara langsung agar tiada pegawai di peringkat bawahan tercicir dengan kaedah-kaedah terkini,โ€ jelasnya.

Accessibility Toolbar