Jejak Perdana kesan klien gagal lapor diri

Oleh: Nor Hajar Aswat Kamis

GEORGETOWN, 16 Jun 2023 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pulau Pinang melaksanakan Tindakan Jejak Perdana bagi mengesan klien yang gagal hadir melapor diri di pejabat AADK pada 2 dan 5 Jun 2023 yang lalu.

Tindakan Jejak Perdana berkenaan diketuai oleh Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Negeri Pulau Pinang, Aina Rafida Abu Bakar bersama-sama 13 pegawai daripada AADK Negeri dan AADK Daerah Timur Laut.

Pegawai melaksanakan Tindakan Jejak Perdana bagi mengesan klien yang gagal hadir melapor diri. Gambar AADK / Nor Hajar Aswat Kamis

Sebanyak 39 buah rumah klien AADK sekitar kawasan Georgetown dan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Mukim 13 iaitu Ayer Itam dan Sungai Nibong telah dikenalpasti dan berjaya dikesan.

Dalam program itu, seramai 39 klien yang dijejak adalah klien-klien yang gagal hadir melapor diri dalam tempoh 72 jam bagi menjalani program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) dalam tempoh dua atau tiga tahun.

Tindakan jejak berkenaan bertujuan mengesan dan memanggil semula klien-klien yang โ€˜culasโ€™ untuk hadir melapor diri dalam tempoh 72 jam.

Ini juga adalah kaedah pemujukan terakhir sebelum tindakan langgar syarat dikenakan terhadap klien AADK yang masih ingkar dan mengikuti program pemulihan di AADK seperti yang ditetapkan.

Sebanyak 26 buah rumah telah di jejak pada 2 jun 2023 dan tindakan ini disambung semula pada 5 Jun 2023 dan kini seramai enam klien telah hadir melapor diri.

Accessibility Toolbar