Oleh: Muhammad Rashdan Mohd Zakaria
PASIR SALAK, 3 Julai 2022 – Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak di sini menerima sambutan menggalakkan daripada rakyat Perak.
Jelajah AKM siri kelima itu adalah sebahagian usaha untuk memastikan rakyat di semua peringkat memahami dan menghayati lebih jelas tentang Aspirasi Keluarga Malaysia.
Pada masa sama, ia merupakan manifestasi usaha dan komitmen kerajaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan Keluarga Malaysia.

Selain mengetengahkan penglibatan kerajaan negeri dalam perancangan dan pencapaian kerajaan pelbagai aktiviti menarik turut diadakan untuk para pengunjung sepanjang berlangsungnya Jelajah AKM tersebut.
Satu daripadanya ialah bas pameran perkhidmatan AADK dan perkhidmatan Bergerak Rawatan dan Pemulihan (MRT AADK) yang menawarkan maklumat tentang penyalahgunaan dadah.

Hadir memeriahkan Bas Pameran Bergerak AADK dan MRT AADK ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar.
Pada kesempatan itu, beliau juga berkesempatan menyuntik semangat kepada warga AADK supaya menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada Keluarga Malaysia.

