Dai’e Unggul AADK 2019

Sungai Petani, 11-12 Oktober: Agensi Antidadah Kebangsaan telah menganjurkan Program Daie Unggul AADK Peringkat Kebangsaan 2019 di Pusat Latihan AADK, Sungai Petani pada 11-12 Oktober 2019.

Antara acara yang dipertandingkan ialah pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan, Azan, Syarahan dan Nasyid. Program ini disertai lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada klien-klien yang menunjukkan bakat-bakat mereka yang sangat hebat.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Ismail Bin Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Negeri Kedah. Menurut beliau, program sebegini harus dilakukan bagi memberi sokongan dan semangat kepada mereka dalam mencungkil bakat. Melalui program seperti ini dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dan sekaligus menjauhkan diri mereka daripada terus terjebak dalam najis dadah.

Turut hadir YDh. Dato’ Sri Zulkifli Bin Abdullah, Ketua Pengarah AADK; YBhg. Dato’ Dr. Muhamad Sade Bin Mohamad Amin, Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan Rela, Kementerian Dalam Negeri; YDh. CP Dato’ Zainuddin Bin Yaacob, Ketua Polis Negeri Kedah; YBrs. Encik Rozaimi Bin Abdul Rahim, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda.

#komunitikitatanggungjawabkita
#perangidadahhabishabisan
#DaieUnggulAADK

Accessibility Toolbar