Biar mereka kerja di ruang yang selesa, kondusif – TKPP

Oleh: Fauzi Suhaimi

SANDAKAN, 23 Januari 2024 – Sektor Pengurusan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan berusaha untuk memastikan kemudahan fasiliti khususnya di pejabat AADK daerah berada pada tahap selesa dan kondusif.

Ini kerana, perkara itu penting bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan pegawai pada tahap maksimum untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Shobah Jamil berkata, pun begitu, semua kakitangan juga dinasihatkan untuk menjaga dan memelihara fasiliti pejabat masing-masing.

โ€œSaya mahu semua pejabat berada dalam keadaan yang selesa dan kemas untuk mendapatkan โ€˜moodโ€™ dan semangat yang baik.

โ€œIni kerana, untuk melakukan sesuatu perkara, kita mesti ada suasana yang damai, nyaman dan menyenangkan,โ€ katanya ketika bertemu dengan warga kerja AADK Daerah Sandakan di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Puan Shobah meminta agar semua warga kerja AADK yang bekerja di seluruh negara untuk tidak menjadi liabiliti kepada orang lain.

โ€œJika itu kerja hakiki kita, kita wajib laksanakan dan jangan bebankan orang lain dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita.

โ€œPerkara ini tidak wajar berlaku kerana sebagai penjawat awam, kita perlu ada kesedaran dan tanggungjawab tersebut,โ€ ujarnya.

Sementara itu, Puan Shobah turut mengambil kesempatan untuk meninjau premis baharu Pejabat AADK Daerah Sandakan yang dijangka akan berpindah mulai Mac depan.

Turut hadir Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan AADK, Ahmad Musadad Sulaiman dan Pengarah AADK Negeri Sabah, Nani Sikin.

Accessibility Toolbar