Bengkel kali kedua pembangunan projek kerjasama ASEAN bagi Asean Senior Officials On Drug Matters (ASOD)

Oleh : Unit Antarabangsa

KAJANG, 1 Februari 2024 – Bengkel kali kedua pembangunan projek kerjasama ASEAN bagi ASEAN Senior Official on Drug Matters (ASOD) telah berlangsung di Ibu Pejabat AADK pada Khamis.

Malaysia menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyertai bengkel yang diadakan secara telesidang dan Myanmar adalah tuan rumah pada mesyuarat kali ini.

Bengkel ASEAN Cooperation Project (ACP) ini diadakan sejajar dengan hasil perbincangan yang dipersetujui semasa Mesyuarat 43rd ASOD yang telah dilaksanakan di Kuala Lumpur pada tahun 2022.

Bengkel ini diadakan bagi memberi panduan dan galakan kepada negara anggota ASEAN untuk melaksanakan projek-projek berkaitan pengurangan penawaran dan permintaan dadah bagi rantau ini. Turut menghadiri bengkel tersebut adalah Rakan Dialog negara ASEAN antaranya Korea Selatan, China, Australia, Russia dan Jepun yang turut merupakan penyumpang terbesar bagi pendanaan projek-projek di bawah ASEAN.

Antara tujuan lain dalam pelaksanaan bengkel ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang proses dan elemen utama dalam membangunkan dan melaksanakan ACP, termasuk ketersediaan sumber dana kewangan daripada pelbagai pihak untuk menyokong ACP, peringkat kitaran ACP dan pendekatan berasaskan hasil dalam ACP.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Dr Saravanakumar, dari Jabatan Kimia Malaysia bersama Puan Rohaida binti Zakaria, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Turut hadir adalah Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Program Pencegahan) AADK, Zolkifli Mohd Dom serta Ketua Penolong Pengarah (Antarabangsa), Puan Norkumala Abdul Rahman.

Pegawai berkaitan yang hadir adalah dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, (JSJN) PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta AADK.

Accessibility Toolbar