AADK perkasa MTMD, JKPD Daerah Sabah

Oleh: Fauzi Suhaimi

KOTA KINABALU, 4 April 2023 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) proaktif dalam memperkasakan Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah di Negeri Sabah.

Pemerkasaan itu bagi memastikan gerak kerja pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan undang-undang berkaitan penyalagunaan dan penagihan dadah diperingkat akar umbi dapat dilaksanakan secara tuntas dan berkesan.

Pembentangan slide powerpoint semasa mesyuarat MTMD. Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Usaha itu juga bagi mencapai matlamat Sabah Maju Jaya menerusi teras modal insan dan kesejahteraan rakyat dan maltamat Dadah Terkawal 2025 secara menyeluruh di setiap pelusok Sabah.

Antara fungsi MTMD Daerah adalah untuk memantau dan memastikan penyelarasan pelaksanaan dasar, pelan tindakan, strategi dan program membanteras dadah oleh semua agensi, jabatan dan organisasi berkaitan di peringkat daerah.

Sementara itu, peranan JKPD Daerah pula bertindak sebagai badan sukarelawan  terdiri daripada pemimpin masyarakat setempat berupaya menjadi indikator sokongan; kolaborasi kepakaran; agen penerimaan semula klien ke dalam komuniti; pihak yang menyedia profiling yang lebih tepat di kawasan lokaliti, jawatankuasa semak dan imbang serta sistem sokongan kepulihan (adapter kepulihan).

Datoโ€™ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berinteraksi ketika Mesyuarat Pemantapan MTMD dan JKPD Daerah Negeri Sabah. Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Terdahulu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datoโ€™ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin mempengerusikan Mesyuarat Pemantapan MTMD dan JKPD Daerah Negeri Sabah di Kota Kinabalu, pada Selasa.

Mesyuarat itu dihadiri wakil Datuk Bandar Kota Kinabalu, wakil Presiden Majlis Perbandaran Tawau dan Sandakan, Pegawai Daerah serta Pengerusi JKPD Daerah.

Ahli jawatan kuasa ketika Mesyuarat Pemantapan MTMD dan JKPD Daerah Negeri Sabah. Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Turut hadir Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainuddin Abdullah; Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan; Pengarah AADK Negeri Sabah, Nani Sikin; Ketua Penolong Pengarah (Pemulihan Dalam Komuniti) AADK, Dr. Nazira Sadiron; Ketua Penolong Pengarah (Kesedaran Awam) AADK, Tengku Hanizar Tengku Awang dan Ketua Penolong Pengarah (Urus Setia Majlis Banteras Gejala Dadah Negara), Mohd Nadmin Ramlan.

Accessibility Toolbar