AADK sokong Program Jom Baca Bersama 10 Minit

Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2021 di peringkat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diadakan pada 22 April 2021 di seluruh negara.

Program yang bermula pada jam 10 pagi itu bertujuan menyemai amalan membaca dalam kalangan warga kerja AADK di pusat sumber agensi.

Program itu juga dilaksanakan bagi menarik perhatian umum tentang betapa pentingnya amalan membaca dalam kehidupan seharian.

Seramai 2756 warga kerja dan klien AADK terlibat dalam penganjuran program tersebut sebagai tanda sokongan dalam usaha menyemarakkan budaya membaca di AADK.

Antara pengisian yang telah diadakan adalah pembacaan 10 minit, puzzle pantas, teka muka surat buku, kuiz dan sebagainya.

Program ini adalah program tahunan utama sektor perpustakaan yang dijalankan sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia merupakan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).

#malaysiamembaca
#bangsamembacabangsaberjaya
#jombacabersama10minit2021
#bacafikiramal
#AADKmembaca

Accessibility Toolbar