10 Strategi Hala Tuju AADK kekal, 8 way forward 2024

Oleh: Michelle Boyou dan Fauzi Suhaimi

BENTONG, 7 Disember 2023 – Retreat Pelan Strategik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) 2024 Peringkat Pengurusan memutuskan 10 strategik hala tuju dikekalkan dengan lapan way forward baharu bagi tahun depan.

10 strategik itu termasuk memantapkan tadbir urus organisasi dan integriti pegawai; memperluas liputan program pencegahan berasaskan Model i-Cegah AADK dan membangunkan satu sistem profiling merangkumi data penagih dadah dan anggaran penagih dadah di Malaysia.

Selain itu, hala tuju AADK tahun hadapan juga akan memperkukuhkan program rawatan dan pemulihan dalam komuniti (RPDK) dan institusi (RPDI) berasaskan Model i-Pulih AADK; memperluas capaian perkhidmatan rawatan dan pemulihan bergerak (MRT AADK) dan memperkukuh recovery capital melalui program Sokongan Pengekalan Kepulihan melalui Model Kelompok Sokongan Kepulihan Keluarga (KSKK).

Usaha untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan pegawai-pegawai AADK dengan memberi pengiktirafan pegawai AADK sebagai pakar dalam kaunseling melalui Pensijilan Perakuan Amalan AADK turut menjadi strategi hala tuju bagi tahun hadapan.

Selain itu juga, usaha menggalakkan penyelidikan ilmiah; memperkukuhkan jaringan kerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dan badan-badan dunia dan mengamalkan persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas, selamat serta sihat turut digariskan dalam pelan berkenaan.

Sementara itu, lapan way forward 2024 pula meliputi usaha menyumberluarkan program pencegahan dan program post continuum care antaranya melalui Alternative Service Delivery (ASD) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan melihat peluang untuk menggunakan kesukarelawan (berbayar) dalam pelaksanaan ASD.

Selain itu, AADK juga bercadang untuk mengindustrikan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) dan mengurangkan program besar-besaran peringkat nasional sekali gus menyalurkan peruntukan berkenaan ke peringkat daerah.

Mental readiness kepada Pelaksanaan Pindaan Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan menubuhkan teaching Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) turut menjadi pelan jangka panjang demi memantapkan lagi kefungsian agensi.

Way forward yang ke enam pula adalah untuk mengenalpasti PUSPEN yang sesuai untuk melaksanakan projek pertanian di tanah-tanah terbiar seperti projek ladang koko dan ladang pisang manakala way forward yang ke tujuh pula adalah membuat permohonan projek pembinaan pejabat AADK Daerah dalam Rolling Plan bagi semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang memiliki tanah hak milik AADK.

Way forward terakhir pula adalah untuk mengkaji perubahan cara kerja untuk jangka masa panjang agar AADK kekal sebagai agensi peneraju dalam membanteras dadah.

Terdahulu Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon merasmikan retreat berkenaan yang diadakan selama tiga hari di Bukit Tinggi, Bentong Pahang dan disertai seramai 75 peserta terdiri daripada Pengarah Bahagian, Ketua Unit, Pengarah AADK Negeri dan Pengarah PUSPEN.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok, Pengarah Unit Integriti, Zulfikri Ab Manaf dan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan AADK, Othman Mohamed Nazari sebagai pemerhati.

Accessibility Toolbar