Klinik Cure & Care
Klinik Cure & Care menyediakan perkhidmatan pemulihan dan rawatan penagihan dadah secara sukarela melalui seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983. Perkhidmatan ini lebih terbuka kepada semua golongan sasar samada pengguna, penyalahguna dan penagih dadah. Minima tempoh rawatan bagi klien di Klinik Cure and Care adalah 6 bulan dan maksima adalah selama 24 bulan ( 2 Tahun). Perkhidmatan ini telah memberi peluang kepada individu yang bekerja (awam / swasta), masih bersekolah , pelajar kolej/ Universiti untuk mendapatkan rawatan awal apabila terlibat dengan masalah penagihan dadah.
- Perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik Cure & Care adalah terbuka kepada sesiapa yang mempunyai permasalahan dadah. Perkhidmatan di tawarkan kepada klien secara inpatient atau pesakit luar yang merangkum detoksifikasi menggunakan ubat-ubatan, kaunseling dan bimbingan, agama dan spiritual, pendidikan pencegahan relapse, life skiils, rawatan terapi gentian menggunakan metadhone, kelompok sokong bantu, rujukan dan advokasi.
- Menawarkan perkhidmatan kepada klien yang hadir secara sukarela, termasuklah keluarga klien atau sesiapa sahaja yang signifikan dengan klien untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik Cure and Care.
- Klien yang hadir untuk menjalani program rawatan dan pemulihan dadah tidak terikat dengan implikasi undang-undang. Klien akan dibuat ujian dan penilaian terhadap penggunaan dadah sebelum kemasukan dan tiada tindakan undang-undang dikenakan kepada klien.
Menganggap Penagih Dadah sebagai pesakit
Memberi perkhidmatan secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai permasalahan dadah.
Berdasarkan kepada keperluan klien danujian saringan serta penilaian.
- Rawatan mengikut keperluan klien
- Berdasarkan temujanji
- Detoksifikasi
- Rawatan Perubatan
Bagi Penagih Dadah Opiat
Keluarga, Majikan, Orang Awam dan Klien ( Hospital, Jabatan, Kebajikan Masyarakat, Pejabat Agama dan sebagainya).
- TransCC
- Hipnoterapi
- Art Therapy
Prinsip kemasukan klien ke Klinik Cure & Care adalah
• Sukarela
• Tiada Pra-syarat
Kaedah kemasukan klien:
• Datang sendiri secara sukarela
• Rujukan oleh pihak ketiga - keluarga , pasangan , rakan , majikan dll
• Temuseru oleh Pegawai AADK atau Badan Bukan Kerajaan (NGO)
- Kepulihan Awalan (Early Recovery)
- Pencegahan Penagihan Semula (Relapse Prevention)
- Sokongan Sosial
- Program Keagamaan dan Kerohania
- Bimbingan dan Kaunseling (Individu / Kelompok / Keluarga)
- Sukan dan Riadah
- Kawad dan Disiplin
- Medical Assisted Therapy (MAT)
- Rawatan Psikiatri
- Rawatan HIV/HEP/TB/STI
- Saringan Penyakit Berjangkit
- Rawatan Pencegahan TB
- Pendidikan Kesihatan
- Latihan Kemahiran Vokasional Jangka Panjang
- Latihan Kemahiran Vokasional Jangka Pendek
- Perniagaan dan Keusahawanan
- Penempatan Kerja