e – Integriti

PENGENALAN

Unit Integriti AADK telah ditubuhkan pada 13 Januari 2014, selaras dengan Arahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam). Penubuhan Unit Integriti agensi merupakan suatu pendekatan kerjasama strategik yang menggabungkan pegawai SPRM dengan pegawai Agensi dalam menguruskan integriti secara lebih fokus, terancang, menepati keperluan dan kesesuaian agensi.

POLISI ANTIRASUAH AADK

Pautan ke Polisi Antirasuah AADK: https://www.adk.gov.my/polisi-antirasuah-agensi-antidadah-kebangsaan/

PELAN ANTIRASUAH NASIONAL (NACP) 2019-2023

Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada 8 Jun 2018 telah memutuskan bahawa satu pelan antirasuah yang menyeluruh perlu dirangka dengan segera untuk menangani isu berkaitan rasuah di negara ini. Visi NACP adalah untuk mewujudkan negara bebas rasuah melalui penetapan tiga matlamat khusus iaitu:

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) AADK 2020-2024

Pelan Antirasuah ini merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam kalangan warga AADK.

OACP AADK 2020-2024 adalah komitmen dan iltizam Agensi Antidadah Kebangsaan dalam memerangi rasuah dan salah laku integriti demi kesejahteraan organisasi selaras dengan kehendak kerajaan seperti yang telah dinyatakan dalam Pelan Antirasuah Nasional (National Anti-Corruption Plan (NACP)).

KERANGKA OACP

Pautan ke Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) AADK: https://www.adk.gov.my/dasar-akta-pekeliling/pelan-antirasuah-organisasi-oacp-aadk-2020-2024/

PANDUAN PENGURUSAN TATATERTIB AADK

Pautan ke Panduan Pengurusan Tatatertib AADK: https://www.adk.gov.my/dasar-akta-pekeliling/panduan-pengurusan-tatatertib-aadk/

ADUAN INTEGRITI

Aduan Integriti AADK merupakan satu saluran aduan yang terbuka kepada semua warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat/ aduan berkaitan isu-isu berkaitan perlakuan jenayah rasuah atau pelanggaran tatakelakuan.

Aduan atau maklumat rasuah atau pelanggaran tatakelakuan boleh dikategorikan seperti berikut:

Maklumat/ Aduan juga boleh disalurkan ke Unit Integriti Agensi Antidadah Kebangsaan melalui saluran berikut:

e-Aduan Integriti
No. Telefon : 03-89112546 / 2560 / 2563
E-mel : aduan.integriti@adk.gov.my
Menghadirkan diri di Pejabat Unit Integriti AADK atau menulis surat ke alamat :
Pengarah Integriti
Agensi Antidadah Kebangsaan
Kementerian Dalam Negeri
Aras 2, Blok B
Jalan Maktab Perguruan Islam
43000 Kajang, Selangor

Accessibility Toolbar