Cure & Care Vocational Centre (CCVC)

Cure & Care Vocational Centre (CCVC) merupakan  sebuah pusat pemulihan penagihan narkotik AADK yang terletak di negeri Selangor iaitu kira-kira 20km daripada Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. CCVC merupakan pusat pemulihan yang berfungsi sebagai institut latihan kemahiran vokasional  jangka panjang kepada klien AADK. Cadangan penubuhan pusat pemulihan vokasional ini telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2004 iaitu mewujudkan pusat latihan vokasional kepada penghuni Pra Bebas dari Pusat-Pusat Serenti (CCRC).

  • Menyediakan latihan vokasional yang berkualiti serta praktikal selaras dengan keperluan klien AADK bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa;
  • Membantu klien AADK untuk mendapatkan peluang pekerjaan;
  • Menyediakan platform untuk pembangunan kerjaya dan keusahawanan kepada klien AADK supaya klien mampu berdikari dan mempunyai pekerjaan.

 

  • Klien – klien yang berminat, sukarela untuk mengikuti latihan, mempunyai disiplin yang baik, berpotensi dan bermotivasi tinggi
  • Klien sekurang-kurangnya telah mengikuti program rawatan dan pemulihan selama 4 bulan di pusat pemulihan asal
  • Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal (tidak menghidapi HIV, Hepatitis, TB, Epilepsi, sakit mental, sakit kronik atau pun penyakit berjangkit)
  • Berumur di antara 21 – 45 tahun
  • Disyorkan oleh Pegawai Pemulihan di institusi serta mendapat sokongan Pengarah melalui proses tapisan
  • Tidak menjalani program Terapi Metadon
  • Berkemampuan membaca, menulis dan mengira (3M)
  • Pendawaian Elektrik Domestik
  • Jahitan Pakaian Lelaki
  • Kimpalan Arka Logam Berperisai
  • Atendan Landskap
  • Juruteknik Automotif
  • Jurubina Bangunan
  • Penyediaan Pastry

TOP