PLAK, MGDN anjur bengkel MTMD

Oleh: Amirah Binti Mohd Arip

SUNGAI PETANI, 24 OGOS 2022 – Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (PLAK AADK) bersama Unit Urus Setia Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Membanteras Gejala Dadah Negara (MGDN) melaksanakan Bengkel Percambahan Minda ‘Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri’.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Puan Chan Hong Jin menyampaikan taklimat dan arahan semasa pengurusan tertinggi AADK – Gambar AADK

Bengkel yang diadakan selama tiga hari bermula 22 Ogos lalu melibatkan Pengarah-Pengarah AADK Negeri dan Penolong Pengarah AADK Negeri. Antara objektif pelaksanaan bengkel percambahan minda itu adalah bagi memastikan kualiti kertas pertimbangan dapat dihasilkan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat MTMD Peringkat Negeri selain ia selari dengan dasar yang dibawa agensi.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Puan Chan Hong Jin memberitahu, pihaknya menekankan aspek persiapan kertas pertimbangan ‘Hala Tuju dan Strategi Jangka Panjang bagi Mencapai Dadah Terkawal Menjelang 2025’ kepada setiap negeri. “Saya berharap bengkel ini dapat meningkatkan lagi kualiti kandungan kertas pembentangan yang diangkat oleh AADK dalam Mesyuarat MTMD. “Setiap negeri perlu mempunyai hala tuju dan perancangan jangka panjang serta pendek di negeri masing-masing,” katanya di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau yang memimpin bengkel berkenaan memberitahu, kolaboratif antara jabatan memerlukan kesinambungan dan sokongan antara satu sama lain melibatkan Jabatan atau Agensi. “Komunikasi yang baik perlu dikekalkan dengan semua Jabatan atau Agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan semua lapisan pemimpin masyarakat di peringkat negeri masing-masing. “Selain itu, perancangan sesuatu perkara perlu tersusun dan jangan melakukan kerja secara ad-hoc,” katanya.

Accessibility Toolbar