Program Go Green Di Pusat Konservasi Penyu Di Segari, Perak

Manjung, 15 ogos – Program amalan jom hijau ini adalah untuk menyemai sifat tanggungjawab individu supaya peka terhadap keadaan persekitaran bagi menyelamatkan alam sekitar daripada terancam.

Program “Fight for Life! Go Green @ Segari We Care We Serve” telah diadakan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Segari, Perak hari ini dan disempurnakan oleh CP Dato’ Sri Zulkifli Bin Abdullah, Ketua Pengarah AADK.

Program yang dilaksanakan ini merupakan salah satu pendekatan baharu dalam proses rawatan dan pemulihan seseorang klien dan dapat memberi pendedahan kepada mereka melalui aktiviti sebegini agar dapat memupuk semangat kelestarian alam sekitar.

Program ini akan dijadikan program berkala bersama klien dan SKUAD Antidadah sebagai aktiviti utama. Dalam mereka menjaga hubungan sesama manusia, mereka juga dilatih untuk menjaga hubungan dengan alam. Kolaborasi antara AADK dan Jabatan Perikanan Negeri Perak juga diharapkan dapat membuka peluang pekerjaan kepada para klien supaya terus membantu dalam pelaksanaan amalan jom hijau seperti aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada klien dari PUSPEN Perlop, PUSPEN Batu Kurau, OKP Daerah Manjung dan SKUAD Antidadah.

Turut hadir ke program ini ialah YDh. Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato’ Shaharudin Bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung; Tuan Zulhisham Bin Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Manjung; YDh. ACP Nor Omar Bin Sappi, Ketua Polis Daerah Manjung dan Puan Azizah Binti Ahmad, Pengarah AADK Negeri Perak.

Accessibility Toolbar