PUSPEN Tiang Dua rangkul juara keseluruhan i-DEEN AADK 2023

Oleh: Amir Zahien

KAJANG, 27 Julai 2023 – Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tiang Dua, Melaka dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Program i-DEEN Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi tahun ini.

Kemenangan itu berikutan PUSPEN berkenaan berjaya memenangi juara dalam dua kategori pertandingan iaitu Azan dan Tilawah al-Quran.

Kehadiran Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr Shamsur Anuar Nasarah sempena Program i-DEEN 2023. Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr Shamsur Anuar Nasarah berkata, program yang unik ini merupakan satu-satunya pertandingan seumpamanya yang diadakan di Malaysia yang melibatkan peserta daripada kalangan Klien AADK.

“Saya percaya dan kita yakin bahawa jika kita budayakan dan tanam nilai-nilai kerohanian dalam kalangan klien-klien akan banyak membantu dalam usaha untuk membasmi dan melakukan usaha kepulihan.

โ€œMelalui program ini kita teruskan dengan kekal membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian kita, saya yakin dan percaya ia mampu untuk terus menjadi benteng dan membina kekuatan dalam diri kita sama ada klien-klien atau kita sendiri.

โ€œSaya harap program ini terus dilaksanakan dan jadikan al-Quran sebagai pembimbing kepada mereka,” katanya ketika berucap merasmikan berkenaan di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat AADK, Kajang pada Khamis.

Seramai 264 klien AADK yang sedang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) dan program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) menyertai Program i-DEEN AADK Tahun 2023.

Sementara itu, Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, program i-DEEN AADK adalah salah satu daripada aktiviti yang dijalankan untuk proses kepulihan klien sama ada mereka yang menjalani  rawatan dalam komuniti atau institusi di seluruh negarah.

“Perkara yang sangat ditekankan melalui Model i-Pulih AADK ini adalah untuk menguatkan lagi psikospiritual bagi proses kepulihan sepanjang hayat setiap klien yang menjalani proses rawatan pemulihan di AADK.

“Melalui penyertaan klien-klien yang berbakat, bakat mereka boleh diketengahkan lagi apabila mereka kembali kepada masyarakat sekurang-kurangnya mereka mampu untuk mengetuai sesuatu upacara,โ€ katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Chan Hong Jin dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datoโ€™ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin.

Accessibility Toolbar