Lebih 1,000 hadir program Hari AADK Bertemu Masyarakat bersama YB TMDN

Oleh: Fauzi Suhaimi

LENGGONG, 17 Julai 2023 – Lebih 1,000 penduduk di sekitar parlimen ini hadir memeriahkan program, Program Hari AADK Bertemu Masyarakat bersama YB TMDN di Tasik Sendarhalu, di sini.

Program anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diadakan bertujuan mempromosi serta menyampaikan perkhidmatan AADK kepada masyarakat di samping meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan masyarakat mengenai peranan komuniti untuk bersama-sama kerajaan dalam usaha memerangi dadah secara menyeluruh.

YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah (Tengah), Tuan Sutekno Ahmad Belon (Kedua dari kanan) dan Puan Chan Hong Jin (Kanan) ketika meriahkan program hari AADK bertemu masyarakat. Gambar AADK / UMKK

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, program itu juga bertujuan menggembleng kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, pihak industri, badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat dalam usaha pencegahan dadah secara holistik.

โ€œUsaha menggerakkan kempen pencegahan dadah harus disokong secara bersepadu yang melibatkan tanggungjawab dan kerjasama semua pihak.

โ€œPelaksanaan program seperti ini dapat merakyatkan perkhidmatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) amnya dan AADK khususnya yang melibatkan kluster keselamatan untuk disampaikan kepada masyarakat.

โ€œSelain itu, kehadiran YB Timbalan Menteri Dalam Negeri pada hari ini sebagai ikon penting menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menggerakkan masyarakat bersama mengatasi permasalahan dadah yang semestinya memerlukan usaha yang jitu dan semangat iltizam yang tinggi untuk membebaskan rakyat negara ini dari belengu permasalahan dadah,โ€ katanya.

Warga tempatan bersama warga AADK menikmati program dengan penuh kemeriahan. Gambar AADK / UMKK

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian program itu pada Ahad.

Terdahulu Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah merasmikan program berkenaan.

Dalam program sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah bersama Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon dan kepimpinan AADK menyertai kayuhan santai Ride Against Drug 3.0 @ Lenggong sejauh 18 kilometer melalui beberapa kampung di Parlimen ini.

Sepanjang kayuhan santai itu juga, YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar turut singgah ke tiga buah rumah klien dalam komuniti AADK bagi menyantuni mereka dan keluarga dalam usaha kepulihan sepanjang hayat.

Selain itu, pelbagai program turut diadakan serentak seperti pameran perkhidmatan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, pertandingan futsal, bola jaring dan mewarna bagi kanak-kanak.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Chang Hong Jin, Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainuddin Abdullah; Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Azmi Mustafa; Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan dan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan AADK, Othman Nazari.

Accessibility Toolbar