JKMD lulus kempen sejuta keahlian SKUAD Antidadah

Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat

PUTRAJAYA, 11 Julai 2023 – Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) Bilangan 1 Tahun 2023 meluluskan pelaksanaan kempen Satu Juta SKUAD Antidadah menjelang Jun 2024.

Usaha itu bagi meningkatkan kesedaran semua pihak berhubung kesan penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan terlarang melalui program yang digerakan sukarelawan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

PERSIDANGAN JKMD

Situasi Majlis persidangan. Gambar AADK / UMKK

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, kempen berkenaan diadakan untuk menggiatkan lagi program dan aktiviti gaya hidup sihat sekali gus berperanan sebagai agen perubahan kepada keluarga dalam penyampaian mesej โ€˜Pencegahan Dadah Bermula di Rumahโ€™.

โ€œUsaha ini bertujuan menambah keahlian SKUAD Antidadah sebanyak 10 peratus daripada jumlah belia di Malaysia, melindungi belia daripada ancaman dadah melalui keahlian dan aktiviti SKUAD Antidadah di 176 daerah di seluruh negara

โ€œSelain itu, ia juga dilaksanakan bagi memperluaskan mesej antidadah melalui amalan gaya hidup sihat tanpa dadah secara kendiri secara langsung kepada rakan-rakan, komuniti dan keluarga,โ€ katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat JKMD di sini, pada Isnin.

Terdahulu mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, pelaksanaan kempen SKUAD Antidadah juga digerakkan untuk menjadi faktor pelindung kepada belia daripada salah guna dadah sekali gus berupaya meningkatkan minat belia menganggotai badan sukarelawan tersebut.

Accessibility Toolbar