YB TMDN rasmi surau Al-Fateh PUSPEN Bukit Mertajam

Oleh: Nabil Aziz

BUKIT MERTAJAM, 11 Ogos 2023 – Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada Jumaat mengambil kesempatan untuk hadir ke Program Lawatan Turun Padang dan Merasmikan Surau Al-Fateh di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Program itu adalah siri lawatan kerja YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar ke Negeri Pulau Pinang sejak beberapa hari lalu.

Dalam program itu, beliau mengambil peluang berjumpa dan menyantuni klien-klien serta warga kerja AADK di PUSPEN ini sekali gus mengeratkan silaturrahim dan memperkukuhkan kerjasama strategik dalam menangani permasalahan penyalahgunaan dadah di negara ini.

Dalam masa sama, beliau turut menyempurnakan perasmian Surau Al Fateh PUSPEN Bukit Mertajam.

YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar ketika berucap merasmikan Program Lawatan Turun Padang dan perasmian Surau Al-Fateh. Gambar AADK / Nabil Aziz

Turut hadir Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainudin Abdullah; Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan AADK, Ahmad Musadad Sulaiman dan Pengarah AADK Pulau Pinang, Elmariah Chung.

Hadir sama Pengarah AADK Negeri Perlis, Khairul Anuar Ahmad; Pengarah AADK Negeri Kedah, Abdul Hamediee Ibrahim dan Pengarah PUSPEN Bukit Chabang, Mohamad Zaki Farkhi Ahmad.

Accessibility Toolbar