Tiga elemen asas perlu ada pada lantikan baharu pegawai AADK

Oleh: Amir Zahien Amran

SUNGAI PETANI, 20 Januari 2023 – Seramai 38 pegawai baharu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berjaya menamatkan latihan bagi lantikan baharu Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 yang diadakan sejak 2 Januari 2023 lalu.

Latihan itu diadakan bagi memastikan kesemua pegawai antidadah lantikan baharu menguasai tiga elemen asas yang menjadi kekuatan dalam penyampaian perkhidmatan AADK.

Tiga elemen itu ialah akal, rohani dan jasmani yang perlu ada dalam diri pegawai serta membudayakannya ketika melaksanakan tugas di tempat bertugas masing-masing.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, pegawai baharu AADK perlu sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran apabila berhadapan dengan situasi getir.

โ€œTiga modul utama yang dibawa AADK seperti Modul i-Cegah AADK, Modul i-Prihatin AADK dan Modul i-Pulih AADK perlu difahami dengan jelas dan praktikkan dalam melaksanakan tugas,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi dan Tamat Latihan Kursus Asas Penempatan Penolong Pegawai Antidadah S29 di Dewan Permata, Pusat Latihan AADK, Sungai Petani, Kedah pada Jumaat.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno turut menekankan aspek disiplin yang perlu ada kepada penjawat awam khususnya ketika memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Katanya, pegawai AADK tidak boleh bekerja sambil lewa dan bersikap alpa selepas memulakan tugas kelak.

Pada masa sama, Ketua Pengarah AADK turut menyampaikan hadiah kepada peserta lelaki terbaik iaitu Muhammad Syahmi Ihsan Ahmad Shukri dan peserta wanita terbaik iaitu Che Hamidah Che Zahari.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Chan Hong Jin; Pengarah Khidmat Pengurusan AADK, Ahmad Musadad Sulaiman; Pengarah Pusat Latihan AADK, Dr. Mohd Rafidi Jusoh dan Ketua Penolong Pengarah (Sumber Manusia) AADK, Puan Noor Atikah Mokhtar.

Accessibility Toolbar