Terap ibrah Ramadan dalam rawat pulih klien

Oleh: Fauzi Suhaimi dan Rash

KAJANG, 3 APRIL 2023 – Semua warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diseru untuk menerapkan ibrah bulan suci dalam usaha merawat pulih mereka yang terjebak dalam penagihan dadah sama ada di institusi mahupun komuniti.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, pendekatan itu adalah amat bertepatan dengan mengambil kira amalan berpuasa sempena bulan Ramadan tahun ini.

Beliau berkata, konteks berpuasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa.

โ€œSama juga dengan mereka yang sedang menjalani Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDK) atau Institusi (RPDI) dalam tempoh 2 hingga 3 tahun. Dalam tempoh ini, mereka perlu โ€˜berpuasaโ€™ mengawal nafsu daripada kembali menagih.

โ€œJadi, pendekatan ini boleh digunakan dalam merawat pulih mereka yang terlibat dengan penagihan dadah di mana mereka menahan diri daripada mengambil dadah dan bahan atau substan yang memudaratkan diri.

โ€œSelepas program RPDK atau RPDI, mereka boleh amalkan gaya hidup itu selepas berada di luar kelak,โ€ katanya ketika berucap menyampaikan Amat Ketua Pengarah sempena Perhimbulan Bulanan (April) AADK di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno berkata, tiga aspek utama perlu diberi perhatian iaitu intelek, jasmani dan emosi bagi memastikan AADK berupaya mencapai institusi yang satu-satunya melaksanakan program rawat pulih penagihan dadah.

โ€œEkoran pengambilan bahan terlarang itu, ia telah menjejaskan kehidupan seseorang individu,โ€ katanya.

Accessibility Toolbar