Sesi kunjungan hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Negara

Oleh: Muhammad Nabil Abdul Aziz

PUTRAJAYA, 8 Julai 2022 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengadakan kunjungan hormat bertemu Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Mohd Azhari Mohammad dan delegasi di Menara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di sini baru-baru ini.

Pada sesi pertemuan selama satu jam itu, AADK yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin telah membincangkan pelbagai perkara bagi mengukuhkan kerjasama strategik sedia ada kedua-dua pihak.

Pelbagai perkara dibincangkan antaranya melibatkan strategi dan program baharu yang dapat mencegah dan merawat golongan belia daripada terus bergelumang dengan permasalahan dadah.

Pada masa sama, pengenalan program pencegahan dilaksanakan AADK melibatkan sukarelawan dengan menyasarkan kepada golongan belia.

Ini termasuklah, pengenalan kepada program rawatan dan pemulihan yang menfokuskan kemahiran sebagai subjek. Usaha itu bagi memastikan klien dalam komuniti dan klien di institusi dapat menjalani kehidupan hidup secara normal dan mengekalkan kepulihan sepanjang hayat.

Selain itu, pihak AADK menzahirkan cadangan untuk mewujudkan nota kerjasama antara pihak agensi dan Jabatan Belia dan Sukan Negara bagi merealisasikan hasrat dan matlamat Dadah Terkawal 2025.

Turut menyertai kunjungan hormat tersebut ialah Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainuddin Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Kemahiran Vokasional, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Chong Siew Ngoh.

aadk kbs
Pelbagai perkara dibincangkan antaranya melibatkan strategi dan program baharu bagi mencegah dan merawat golongan belia daripada terus bergelumang dengan permasalahan dadah. – Gambar AADK / MUHAMMAD NABIL ABDUL AZIZ

Accessibility Toolbar