Semai semangat patriotik kepada majikan

Oleh: Nabil Aziz

KAJANG, 5 September 2022 – Semua keluarga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) digesa untuk menanamkan sikap patriotik dalam diri sebagai tanda menzahirkan semangat cintakan kepada negara.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, perkara sama perlu dizahirkan kepada majikan bagi memastikan semangat kekitaan dapat diterjemahkan dalam tindakan tugas atau tanggungjawab. “Sebagai contoh, kalau kita tidak menepati masa, tidak disiplin atau tidak menjalankan tugas, itu bukanlah sifat patriotik kita kepada majikan. “Sedangkan seseorang yang mempunyai semangat patriotik ini mereka yang memberi kepentingan bersama khususnya dalam pelaksanaan tugas kepada Kerajaan mahupun masyarakat,” katanya ketika berucap dalam majlis Perhimpunan Bulanan AADK di sini pada Isnin.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Chan Hong Jin dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dato’ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno berkata, warga AADK perlu mempamerkan semangat patriotik yang sama ketika berada di lapangan atau bertemu masyarakat. “Saya percaya ramai warga AADK terlibat dengan tugas-tugas luar seperti mengadakan kempen antidadah, ceramah kesedaran awam, program advokasi dan sebagainya.“Jadi, melalui aktiviti itu, semangat patriotik perlu ditunjukkan kepada masyarakat khususnya melibatkan elemen pencegahan dan negara bebas dadah,” ujarnya.

Accessibility Toolbar