Program ‘Walkabout’ Perdana sempena Peringatan Hari Antidadah 2024

Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat

TANJUNG KLING, 24 Februari 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menganjurkan Program Walkabout Perdana sempena Peringatan Hari Antidadah 2024 yang berlangsung pada Sabtu di Pantai Puteri, di sini.

Program itu diadakan bagi merancakkan kempen antidadah kepada seluruh masyarakat di negara ini untuk memahami isu penagihan dadah, mengambil daya tindak dan melindungi keluarga daripada isu tidak sihat tersebut.

Tema sambutan kali ini ialah Lebih Baik Cegah dengan naratif Pencegahan Dadah Bermula di Rumah adalah satu bentuk penyampaian maklumat kepada semua pihak untuk mengambil tindakan bersama dalam usaha mencegah aktiviti penagihan dadah melibatkan ahli keluarga.

Program Walkabout Perdana diadakan serentak di 13 lokasi Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) seluruh negara bertujuan mendekati komuniti KBT bagi menyebar luas mesej antidadah, perkhidmatan AADK dan bertanya khabar tentang isu serta permasalahan dihadapi di kawasan tersebut yang menyumbang kepada isu penyalahgunaan dadah dan pelencongan sosial.

Selain itu, inisiatif ini juga dilihat berupaya untuk menyebarkan kesedaran mengenai bahaya dadah dan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Melalui program ini, AADK akan mencapai kumpulan sasaran dalam komuniti dengan berinteraksi serta mengedar risalah tentang bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah disamping maklumat perkhidmatan AADK kepada komuniti setempat.

Ini membantu memperkukuhkan kesedaran mereka tentang masalah dadah serta meningkatkan kesedaran mereka tentang cara untuk mencegah penyalahgunaan dadah dalam komuniti.

Antara pengisian ialah edaran mesej antidadah, pocket talk, pameran dan kaunter perkhidmatan AADK, kempen sejuta Ahli SKUAD Antidadah, sukan rakyat, kuiz antidadah dan aktiviti interaktif bersama pengunjung.

Accessibility Toolbar