PLAK jadi tuan rumah MPP Bil.6/2022

Oleh: Harnani Hassan

SUNGAI PETANI, 25 Ogos 2022 – Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (PLAK) menjadi tuan rumah dalam menganjurkan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bilangan 6 bagi tahun 2022 (MPP Bil.6/2022) pada Khamis.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon bermula jam 9 pagi dihadiri seramai 75 ahli MPP terdiri daripada Pengurusan Tertinggi AADK, Pengarah-Pengarah AADK Negeri, Pengarah-Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan Ketua-Ketua Penolong Pengarah (KPP) Ibu Pejabat.

Menerusi mesyuarat itu, pelbagai perkara dibangkitkan melibatkan keseluruhan pusat tanggungjawab (PTj) agar pelaksanaan gerak kerja sentiasa seiring dengan keputusan dasar di peringkat ibu pejabat.

Dalam pada itu, tiga kertas makluman dibentang dalam mesyuarat tersebut iaitu kertas makluman Garis Panduan Pelaksanaan Prosedur Pengesahan Penagih di Fasiliti Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang dibentang oleh Ketua Penolong Pengarah (Rawatan Perubatan) Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Dr Ravi Ramadah.

Sementara itu, Pengarah AADK Negeri Pahang, Zirwatul Ahlam Zamzam pula membentang dua kertas makluman iaitu Kejayaan Program Pelaksanaan Kempen Antidadah sempena Perlawanan Muay Thai dan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) bersama Resorts World Genting yang dilaksanakan pada Mei dan Julai lalu.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Chan Hong Jin dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dato’ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin.

Accessibility Toolbar