Persekitaran PUSPEN antara faktor pengekalan kepulihan klien

Oleh: Amir Zahien Amran

RAUB, 14 Julai 2022 – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin melakukan tinjauan pengoperasian dan gerak kerja merawat pulih klien di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Raub, Pahang.

Dalam tinjauan itu, Dato’ Dr Muhamad Sade menekankan aspek persekitaran PUSPEN perlu berada pada tahap yang baik kerana berperanan dalam memastikan pengekalan kepulihan klien.

Sebelum beramah mesra dengan keluarga AADK di PUSPEN itu, beliau diberikan taklimat oleh Pengarah PUSPEN Raub, Mohd Rizal Tawil berkaitan pengoperasian dan gerak kerja dalam memastikan kepulihan penagihan dadah sepanjang hayat dapat dilaksanakan.

Dalam pada itu, Dato’ Dr Muhamad Sade turut menyampaikan amanat dan nasihat kepada kakitangan agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan integriti.

Selain itu, Dato’ Dr Muhamad Sade turut meluangkan masa menziarah klien dan mengingatkan supaya terus kuat dalam menjalani rawatan hingga kekal pulih.

Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengarah AADK Pahang, Zirwatul Ahlam Zamzam dan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, ASP Faizol Effendy Hassan.

Panduan Model i-PULIH AADK mampu kekalkan kepulihan klien

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan Dato’ Dr Muhamad Sade meneruskan sesi tinjauan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Ruan, Pahang.

Dalam sesi itu, Pengarah PUSPEN Sungai Ruan, Maizura Zakaria menyampaikan taklimat berkaitan pengoperasian dan gerak kerja dalam memastikan kepulihan penagihan dadah sepanjang hayat dapat dilaksanakan.

Pada masa sama, beliau turut menyampaikan amanat dan nasihat kepada kakitangan agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan integriti sekali gus meminta agar semua pegawai untuk memberi fokus kepada pelaksanaan Model i-Pulih AADK terhadap klien yang menerima rawatan.

Proses merawat pulih klien dalam institusi dilaksanakan melalui Model i-Pulih AADK bersifat komprehensif dan holistik dalam memastikan klien yang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) kekal dalam kepulihan sepanjang hayat.

Beliau juga sempat melawat fasiliti PUSPEN Sungai Ruan dan beramah mesra bersama keluarga klien yang hadir melawat ahli keluarga mereka yang sedang menerima rawatan di sini.

Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengerusi Presiden Majlis Lembaga Pelawat AADK, Lt Kol (K) Datuk Abdullah Abu Bakar; Pengarah AADK Negeri Pahang, Zirwatul Ahlam Zamzam dan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, ASP Faizol Effendy Hassan.

Accessibility Toolbar