MRT AADK diperluas di institusi penjara seluruh negara

Oleh: Izyan Liyana Mohd Darif

PUTRAJAYA, 23 Jun 2022 – Perkhidmatan Bergerak Rawatan dan Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (MRT AADK) di Jabatan Penjara dijangka memberi manfaat kepada 1,154 banduan di bawah Program Pembangunan Insan (PPI).

Usaha itu memfokuskan kepada banduan di bawah seksyen 15 (1) dan seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 serta seksyen 19 dan seksyen 20 Akta Penagih (Rawatan dan Pemulihan) 1983 untuk tahun 2022.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datoโ€™ Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, menerusi inisiatif MRT AADK rawatan awal boleh diberikan kepada banduan yang dikenalpasti semasa masih menjalani hukuman pemenjaraan.

โ€œLangkah (MRT AADK) ini juga meningkatkan kesedaran mereka (banduan) untuk meneruskan program pemulihan dadah selepas dibebaskan dari penjara.

โ€œJusteru, bagi melaksanakan inisiatif ini seramai 110 pegawai pakar MRT AADK di seluruh negara akan mengendalikan sesi rawatan dan pemulihan secara berjadual di institusi- institusi penjara yang ditetapkan,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara AADK dan Jabatan Penjara Malaysia bagi MRT AADK di Putrajaya baru-baru ini.

Hadir menjayakan ialah Komisioner Jeneral Penjara Jabatan Penjara Malaysia, Datoโ€™ Nordin Muhamad; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia, Datoโ€™ Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon.

Selain itu, Datoโ€™ Sri Wan Ahmad Dahlan juga menzahirkan bahawa KDN menyokong usaha kolaboratif ditunjukkan AADK dan Jabatan Penjara Malaysia dalam meningkatkan mutu perkhidmatan merawat pulih individu yang terkesan dengan dadah dan substan di seluruh negara.

Accessibility Toolbar