MBJ perluas ‘vibes’ positif warga kerja AADK

Oleh: Hakim Baihaqi Mohd Suhaimi

SETIU, 11 Julai 2023 – Bengkel Pemantapan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan Mesyuarat MBJ bilangan 2 tahun 2023 bagi diadakan di Sutra Beach Resort, di sini bagi memantapkan pengetahuan semua warga kerja Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Usaha itu bertujuan memberikan pengetahuan kepada ahli MBJ tentang Perlembagaan dan Garis Panduan Pelaksanaan MBJ serta menerapkan nilai dan komitmen wakil-wakil MBJ dalam memantapkan MBJ AADK melalui usul-usul yang bernas.

Peserta bengkel pemantapan termasuk ahli MBJ dan pihak pengurusan AADK. Gambar AADK / Hakim Baihaqi Mohd Suhaimi

Selain itu, pelaksanaan bengkel itu juga diadakan untuk mengeratkan hubungan dan jalinan kerjasama dalam kalangan semua ahli MBJ dengan pihak pengurusan AADK.

Menurut Pegawai Cawangan Hubungan Personel dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Zusmaidi Abdul Aziz, melalui bengkel itu, semua peserta didedahkan dengan pelbagai maklumat berkenaan dengan Panduan Penubuhan MBJ serta kelebihan tertentu.

Terdahulu Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon hadir mempengerusikan Mesyuarat MBJ dan turut berkongsi harapan agar setiap peserta mendapat pengetahuan yang lebih jelas mengenai panduan pelaksanaan MBJ.

“Semoga bengkel yang dilaksanakan ini juga dapat memperluaskan kesan positif kepada seluruh warga AADK,” katanya.

Bengkel ini turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti berkumpulan dan sukan pantai

Hadir sama pada mesyuarat ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Chan Hong Jin.

Accessibility Toolbar