Lebih Baik Cegah kekal tema Peringatan Hari Antidadah 2024

Oleh: Nabila Rashid

KAJANG, 16 Februari 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Peluncuran Kalendar Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2024 di Auditorium Ibu Pejabat AADK, Kajang pada Jumaat.

Sambutan Peringatan Hari Antidadah adalah bertujuan untuk mengingatkan masyarakat Malaysia serta mengukuhkan komitmen dan tanggungjawab semua pihak dalam memerangi ancaman dadah, selain menggembleng kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan pemimpn dalam usaha pencegahan dadah secara holistik.

Menurut Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon, benteng pertahanan diri yang kuat perlulah bermula dari rumah dan ini menuntut pengorbanan serta usaha berterusan keluarga dalam memastikan benteng ini dapat diperkukuhkan.

Tuan Sutekno Ahmad Belon ketika menyampaikan ucapannya di Keluncuran Kalendar Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2024 โ€“ Gambar AADK / Nabil Abdul Aziz

โ€œOleh itu, pada tahun ini, AADK masih mengekalkan tema dan mesej sambutan iaitu โ€˜Lebih Baik Cegahโ€™ dan โ€˜Pencegahan Dadah Bermula Di Rumahโ€™,โ€ Katanya dalam ucapan Peluncuran Kalendar Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2024 di sini.

Dalam majlis itu, sebanyak 20 program utama telah dirancang dalam Kalendar Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2024 di samping pelbagai aktiviti di peringkat negeri dan daerah yang akan dilaksanakan bermula Februari sehingga Jun 2024.

Antara program termasuk Program AADK Bersama Masyarakat, Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan, Jerayawara dan pelbagai lagi.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Shobah Jamil; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok dan Pengarah Bahagian Pencegahan, Zainudin Abdullah.

Accessibility Toolbar