Oleh: Rashdan Zakaria
PERAK, 11 Ogos 2022 – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin meluangkan masa bersama warga kerja Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Perlop di sini baru-baru ini.
Dalam taklimat penyampaian perkhidmatan PUSPEN, beliau menjelaskan tentang peranan utama PUSPEN dalam menyediakan Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) bagi mencapai matlamat agensi untuk merawat pulih mereka terjebak masalah dadah.
Terdahulu, beliau membuat tinjauan dan pemantauan pejabat pengoperasian serta fasiliti yang terdapat di PUSPEN Perlop termasuk kawasan tanaman hidroponik yang diusahakan klien dalam institusi tersebut.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah PUSPEN Perlop, Rakinah Jukli.



