KP mahu warga kerja beri komitmen penuh kepada PPA AADK

Oleh: Rashdan Zakaria

YAN, 17 Julai 2023 – Semua pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu menzahirkan komitmen penuh sehingga seratus peratus terhadap pelaksaan Program Pensijilan AADK yang diperkenalkan Pusat Latihan AADK.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon menegaskan, program itu bagi meningkatkan kompetensi semua pegawai AADK terutamanya dalam menguasai ketiga-tiga bidang teras agensi iaitu pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan.

PPA

Ketua pengarah AADK(tengah) dan kakitangan AADK daerag Yan. Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Katanya, tiga pensijilan itu ialah Sijil Amalan Pendidikan Pencegahan (CPE), Sijil Amalan Rawatan dan Pemulihan (CPP), dan Sijil Amalan Penguatkuasaan (CEP).

โ€œSaya mahu semua pegawai dan kakitangan AADK memberi komitmen seratus peratus kepada pelaksanaan PPA AADK kerana ia dilihat amat memberi pendedahan dengan lebih jelas tugas dan peranan pegawai AADK.

โ€œJusteru itu, sertailah kesemua program ini yang telah dibangunkan dan dilaksanakan di Pusat Latihan AADK (PLAK) sekali gus dapat meningkatkan kompetensi semua dalam ketiga-tiga bidang teras,โ€katanya ketika mengadakan Lawatan Kerja KP AADK di Pejabat AADK Daerah Yan dan Pendang, pada Isnin.

Turut hadir Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan dan Pengarah AADK Negeri Kedah, Abdul Hamediee Ibrahim.

Dalam lawatan berkenaan, Tuan Sutekno turut mengambil peluang melihat dan memantau operasi Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) Nurul Saadah dan menyantuni klien dalam komuniti dalam Daerah Pendang.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno meminta semua pegawai untuk mengubah budaya kerja lama atau tidak berfaedah bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan AADK berkesan dan efisien.

โ€œAda pegawai yang mengambil kesempatan terhadap waktu kerja fleksible dengan membuat pendaftaran masuk pejabat pada jam 7.30 pagi, sebaliknya memulakan kerja pada jam 9 pagi.

โ€œDalam tempoh itu, sepatutnya mereka sudah memulakan proses kerja kerana apabila waktu pulang, mereka akan pulang pada jam 4.30 petang mengambil kira rekod kedatangan ke pejabat. Tindakan ini sangat tidak amanah dan perlu diubah serta-merta,โ€ tegasnya.

Accessibility Toolbar