Klien dalam komuniti dipupuk melalui Program Jom Hijau

Oleh: Amir Zahien Amran

RAUB, 14 Julai 2022 – Program Walkabout dan Jom Hijau bersama klien dalam komuniti anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Raub, Pahang diadakan di Taman Bandar Raub, Pahang baru-baru ini.

Program kerjasama dengan Askar Wataniah Kem Puncak Mas, Raub bertujuan memberi peluang kepada klien AADK untuk berkhidmat dalam masyarakat, memberi pendedahan dalam menjaga kelestarian alam sekitar menerusi aktiviti menanam pokok.

Sebelum itu, Datoโ€™ Dr Muhamad Sade sempat beramah mesra dan meninjau fasiliti AADK Daerah Raub, Pahang.

Beliau turut diberi taklimat pengoperasian dan gerak kerja oleh Ketua AADK Daerah Raub, Ummi Nazira Shahidan.

Pada masa sama, Datoโ€™ Dr Muhamad Sade turut menyampaikan amanat dan nasihat kepada kakitangan agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan integriti sekali gus meminta agar semua pegawai untuk mengatur gerak kerja berpandukan kepada tiga model iaitu Model i-Cegah AADK, Model i-Pulih AADK dan Model i-Prihatin AADK.

Selain itu, Datoโ€™ Dr Muhamad Sade sempat beramah mesra bersama komuniti selain merasmikan papan tanda di laluan persekutuan (Kuala Lumpur-Gua Musang) yang memaparkan perkhidmatan talian Hotline AADK.

Turut hadir ialah Pengerusi Presiden Majlis Lembaga Pelawat AADK, Lt Kol (K) Datuk Abdullah Abu Bakar dan Pengarah AADK Pahang, Zirwatul Ahlam Zamzam.

Ini termasuklah, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, ASP Arshad Ayob; Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, ASP Faizol Effendy Hassan dan Penolong Pegawai Memerintah Batalion 3 Rejimen 505, Mejar Mohd Khairul Akmal Yusof.

Accessibility Toolbar