Klien AADK kekal dalam kepulihan

Oleh: Fauzi Suhaimi

SANDAKAN, 3 Oktober 2022 – Dua orang Klien Agensi Antidadah Kebangsaan yang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) di AADK Daerah Sandakan kekal dalam kepulihan lebih dua tahun lalu.

Pengekalan itu diakui oleh mereka berdua melalui sokongan AADK yang menyediakan program rawatan dan pemulihan menerusi Model i-Pulih AADK.

Tuan Sutekno Ahmad Belon (dua dari kiri) menyantuni klien yang masih kekal dalam kepulihan. Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Tambahan pula, model itu turut menyediakan modul kemahiran dan latihan menjadi klien AADK itu ditawarkan bekerja di Taman Pulau-Pulau Penyu di Pulau Selingaan, Sandakan, Sabah.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon mengambil kesempatan menyantuni mereka dan menasihati agar terus kekal dalam kepulihan selain membantu AADK untuk mengajak rakan-rakan lain merujuk AADK untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan.

Sementara itu, Tuan Sutekno turut menyempurnakan program Jom Hijau menerusi program โ€˜Turtle Nest Adoptionโ€™ dan melepaskan anak penyu anjuran AADK Daerah Sandakan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Sandakan.

Hadir sama Pengarah AADK Negeri Sabah, Nani Sikin dan Ketua Daerah AADK Sandakan, Aisyah Abd Karim.

Accessibility Toolbar