Jika ada, kita kena ubah – KP AADK

Oleh: Ahmad Hakim Baihaqi Suhaimi

ALOR SETAR, 7 Julai 2023 – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, sekiranya terdapat isu melibatkan ketidakhadiran atau kegagalan berada di premis ketika waktu bertugas perlu diubah serta-merta bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan agensi kepada masyarakat.

Itu nasihat dan teguran Ketua Pengarah AADK kepada semua warga kerja agar setiasa mendisiplinkan diri dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

โ€œSaya percaya warga kerja AADK sentiasa komited dalam tugas masing-masing, namun jika ada segelintir kakitangan yang berkelakuan tidak sepatutnya, perlulah diubah segera.

โ€œKita tidak mahu oleh kerana masalah disiplin segelintir kakitangan akan menjejaskan nama baik agensi,โ€ nasihat beliau ketika melakukan Lawatan Kerja KP AADK di Pejabat AADK Daerah Padang Terap dan Kota Setar, pada Ahad.

Selain itu, Tuan Sutekno berkata, budaya kerja lama atau tidak berfaedah perlu diubah serta-merta bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan AADK berkesan dan efisien kepada masyarakat yang memerlukan.

Terdahulu beliau turut menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Kesederan Penyalahgunaan Dadah bersama Tuanku Raja Muda Kedah, DYTM Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pencegahan, Zainudin Abdullah dan Pengarah AADK Negeri Kedah, Abdul Hamediee Ibrahim.

Accessibility Toolbar