Drug Abuse Information Network For Asia And The Pacific (DAINAP) Focal Points Meeting

Malaysia telah menyertai Drug Abuse Information Network for Asia and the Pacific (DAINAP) Focal Points Meeting anjuran United Nations Office on Drug and Crime (UNODC) secara dalam talian pada 22 Februari 2021 bertempat di bilik Mesyuarat Bougaivillae, Ibu Pejabat AADK. Delegasi Malaysia terdiri daripada tiga orang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan seorang pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis DiRaja Malaysia (PDRM).  Mesyuarat pertama kali ini dilaksanakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pelaksanaan dan kaedah pelaporan DAINAP serta meneliti langkah-langkah penambahbaikan kaedah pengumpulan data dan operasi sistem DAINAP agar lebih mesra pengguna.

Sistem DAINAP merupakan sistem pengumpulan dan perkongsian data secara dalam talian   yang dilancarkan pada tahun 2005 melibatkan negara anggota ASEAN dan China. Sistem ini dibangunkan dan disertai oleh sebelas negara ahli bagi menyokong pelan tindakan ACCORD (ASEAN and China Cooperative Operations in Response to Dangerous Drugs). Data yang dikumpul melalui sistem DAINAP akan melalui proses semakan bersilang bagi memastikan data yang berintegriti sahaja yang diperolehi sebelum disahkan bagi tujuan analisis dan laporan tren dadah semasa di peringkat serantau.

Accessibility Toolbar