Oleh: Amir Zahien Amran
SELAMA, 12 Ogos 2022 – Ceramah Perdana ‘Komuniti Bebas Jenayah dan Dadah, Komuniti Harmoni’ disampaikan oleh Ustaz Zul Pandan diadakan di Masjid As-Shukriyyah, FELDA Ijok, Selama, Perak baru-baru ini.
Ceramah perdana itu antara aktiviti yang diadakan sempena Program Komuniti Bebas Jenayah dan Dadah bersama Menteri Dalam Negeri yang berlangsung selama dua hari berturut-turut.
Dalam ceramah tersebut, Ustaz Zul Pandan menyeru kepada anak muda khususnya supaya sentiasa mempunyai matlamat dalam apa jua tindakan seharian.

Turut hadir Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon; Naib Pengerusi Kanan MCPF, Dato’ Sri Ayub Yaakub; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin; Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainudin Abdullah dan Pengarah AADK Perak, Mohd Azizi Salleh.

