AADK santuni klien dalam komuniti AADK

Oleh: Fauzi Suhaimi

LANGKAWI, 11Jun 2022 – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon turun padang menyantuni klien dalam komuniti di sekitar Daerah Pulau Langkawi, Kedah pada Sabtu.

Aktiviti home visit KP AADK itu bagi melihat keadaan klien AADK serta memastikan mereka kekal dalam kepulihan meskipun berada dalam komuniti.

Aktiviti itu dilaksanakan di tiga buah rumah di sekitar daerah ini adalah elemen di bawah intergrasi sosial dalam modul i-Pulih AADK bagi program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK).

Selain itu, KP AADK mengambil peluang bertemu dengan bekas klien AADK yang berjaya pulih selepas sesi rawatan dijalankan sejak beberapa tahun lalu dan kini berupaya menjalankan perniagaan cuci kenderaan (carwash) sendiri.

Sesi itu juga adalah antara aktiviti sokongan pengukuhan kepulihan atau jagaan lanjutan (aftercare) dijalankan AADK sebagai dorongan untuk mereka kekal berada dalam kepulihan sepanjang hayat.

Sebagai tanda solidariti, KP AADK meminta agar semua kakitangan AADK daerah tersebut menzahirkan sokongan untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bekas klien tersebut.

Turut menyertai home visit itu ialah Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan; Ketua Penolong Pengarah (Pemulihan Dalam Komuniti) AADK, Dr. Nazira Sadiron dan Pengarah AADK Kedah, Abdul Hamediee Ibrahim.

Accessibility Toolbar