AADK Negeri Johor dinobat johan keseluruhan i-Deen AADK 2022

Oleh: Ahmad Hakim Baihaqi Mohd Suhaimi

SEREMBAN, 6 September 2022 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor dinobatkan sebagai johan keseluruhan bagi Program i-DEEN AADK 2022. Kemenangan itu diumumkan selepas AADK Negeri Johor berjaya merangkul johan bagi dua kategori iaitu Tilawah al-Quran dan Syarahan Tafsir.

Untuk i-DEEN AADK tahun ini, seramai 264 klien yang sedang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) dan program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) AADK terlibat yang diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan.

YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Datoโ€™ Seri Aminuddin Harun berkata, objektif program adalah untuk menggalakkan penglibatan aktif klien serta persaingan secara sihat dalam aktiviti kerohanian dan menjadi pemangkin kepada klien untuk meningkatkan potensi diri dalam menjalani proses pemulihan seterusnya mengekalkan kepulihan. Selain itu, katanya, program tersebut juga dilihat mampu membentuk modal insan yang memiliki jati diri dengan menjadikan agama Islam sebagai jalan kehidupan.

โ€œTahun ini merupakan tahun ketiga pelaksanaan program i-DEEN dengan mengetengahkan  tema โ€˜Lebih Baik Cegahโ€™ untuk mengajak dan mendorong semua pihak mengambil tanggungjawab dan tindakan awal dalam menangani permasalahan dadah, seiring dengan pepatah Melayu โ€˜mencegah lebih baik daripada mengubatiโ€™. โ€œProgram yang menerapkan elemen-elemen kerohanian serta hiburan santai dan berinformasi melalui empat acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah al-Quran, Azan, Syarahan Tafsir dan Lagu Ketuhanan boleh dijadikan sebagai bahan pendidikan untuk bersama-sama memerangi penyalahgunaan dadah di sekeliling kita,โ€ katanya ketika berucap untuk merasmikan Program i-DEEN AADK 2022 di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini pada Selasa.

Juri jemputan yang dilantik bagi mengadili pertandingan i-Deen AADK 2022 – Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Sementara itu, Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, program berkenaan adalah satu kaedah untuk menterjemahkan pengetahuan dan kemahiran klien Program Rawatan dan Pemulihan AADK melalui pendekatan psikospiritual. Katanya, klien diberi peluang untuk menyerlahkan bakat yang dimiliki sekaligus dapat meningkatkan kesedaran dan keyakinan mereka bahawa perkara yang baik akan menghasilkan manfaat yang baik.

โ€œPenyertaan dalam program seperti ini secara tidak langsung memberi isyarat positif bahawa klien yang ada telah mengorak langkah ke arah sesuatu yang lebih baik. โ€œIni dapat digunakan sebagai modal atau kapital untuk kembali dalam masyarakat dan meraih semula kepercayaan masyarakat serta menyumbang bakti kepada pembangunan insan dan kebaikan diri sendiri,โ€ ujarnya.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Datoโ€™ Dr. Razali Abdul Malik dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Keselamatan), Datoโ€™ Abdul Halim Abdul Rahman.

Accessibility Toolbar