AADK komited hijaukan KBT

Oleh: Fauzi Suhaimi

KAJANG, 26 November 2021 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) komited untuk menghijaukan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) bagi mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) agensi sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, sasaran itu bertujuan membersihkan kawasan yang dipercayai menjadi tempat penagihan dadah.

Menurut beliau, kawasan-kawasan berkenaan sebelum ini dikenalpasti AADK sebagai kawasan panas (hot spot) bagi aktiviti penagihan dadah.

“Sepanjang pemeriksaan dilaksanakan, kita dapati respon dan kerjasama positif melibatkan AADK dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi proses pembersihan kawasan ini (tempat penagihan dadah).

“Sebelum ini kawasan terbabit merupakan hot spot penagihan dan lokasi tumpuan bagi tokan-tokan kecil mengedar dadah.

“Pun begitu, kini tiada lagi aktiviti penagihan dadah selepas kawasan sepanjang 500 meter telah dibersihkan bermula awal Februari lalu dengan menggunakan jentolak manakala tokan-tokan terlibat juga telah ditahan,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan ke KBT Kajang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhamad Sade yakin dengan kerjasama semua pihak AADK mampu menghijaukan kawasan KBT, sekali gus mencapai matlamat Dadah Terkawal 2025.

“Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, kawasan Kajang Utama sentiasa bersih daripada aktiviti penagihan dadah menerusi proses penghijauan KBT,” jelas beliau lanjut.

tkpo lawatan kajang
Muhamad Sade (dua dari kanan) ketika meninjau aktiviti pembersihan salah satu KBT di Selangor. – Gambar AADK/Muhammad Amir Zahien Amran
Muhamad Sade yakin dengan kerjasama semua pihak AADK mampu menghijaukan kawasan KBT, sekali gus mencapai matlamat Dadah Terkawal 2025. Gambar AADK/Muhammad Amir Zahien Amran

Accessibility Toolbar