AADK, BKN kukuh kerjasama

Oleh: Amir Zahien Amran

KAJANG, 13 Jun 2023 – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon menerima kunjungan daripada Biro Kawalan Narkotik (BKN) Brunei Darussalam di Ibu Pejabat AADK pada Selasa.

Perbincangan Pengarah AADK bersama delegasi BKN. Gambar AADK / Amir dan Hakim

Kunjungan itu bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan antarabangsa yang sedia terjalin serta memperhebat kerjasama antara kedua-dua pihak khususnya dalam usaha membasmi penagihan dadah dan substan.

Pada sesi pertemuan itu, kedua-dua pihak berkongsi pandangan mengenai isu dan senario penyalahguna dadah dan substan khususnya dalam kalangan mereka yang terbiar dalam najis dadah di kedua-dua negara.

Lawatan BKN dibawa ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil, Selangor. Gambar AADK / Amir dan Hakim

Selepas sesi tersebut, rombongan BKN dibawa ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Dengkil, Selangor bagi melihat pendekatan program yang dilaksanakan kepada klien.

Selain itu, mereka juga melihat hasil usaha yang dijalankan klien dalam modul latihan kemahiran dan vokasional menerusi bidang pertanian iaitu penanaman Rock Melon.

Rombongan itu telah diketuai oleh Pemangku Timbalan Pengarah, BKN Brunei Darussalam, Tuan Zainol Adi.

Dalam program berasingan, delegasi Brunei turut dibawa PUSPEN Sungai Besi, Kuala Lumpur bagi melihat sendiri pendekatan pemulihan secara sukarela yang dilaksanakan AADK melalui Model i-Pulih AADK.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datoโ€™ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin; Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainuddin Abdullah; Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Azmi Mustapa; Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan AADK, Othman Mohamed Nazari; Ketua Penolong Pengarah (Antarabangsa) AADK, Norkumala Abdul Rahman; Pengarah PUSPEN Dengkil, Ruziliza Ibrahim dan Pengarah PUSPEN Sungai Besi, Nurshuhaila Ab Rahman.

Accessibility Toolbar