400 klien, keluarga meriahkan Program Aspirasi Kepulihan AADK Negeri Perlis

Oleh: Razshahfiq Ili Nadiy Roslan

KANGAR, 27 Ogos 2022 – Hampir 400 klien termasuk keluarga mereka hadir memeriahkan Program Aspirasi Kepulihan ‘Family Fun Day’ anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis yang diadakan di Taman Rekreasi Tasik Melati, Kangar, di sini.

Program tersebut diadakan bertujuan mengintegrasikan kumpulan sasaran dalam aktiviti komuniti agar mereka berfungsi dalam kelompok masyarakat yang sihat.

Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan turut sama menjayakan Program Aspirasi Kepulihan ‘Family Fun Day’ – Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan berkata, program berkenaan dilihat mampu membina jati diri klien untuk membuat perubahan tingkah laku dalam pengekalan kepulihan melalui institusi kekeluargaan berdasarkan pendekatan Model i-Pulih AADK. “Usaha itu berupaya membentuk dan mengeratkan hubungan kekeluargaan ke arah
membina jati diri klien seterusnya kekal pulih. “Selain itu, saya percaya menerusi program seumpama ini juga dapat memupuk kesedaran dan pengetahuan berkenaan kesan dadah terhadap kesihatan, memperoleh pengetahuan kemahiran serta panduan cara gaya keibubapaan, pengurusan kewangan dan pengurusan tekanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Aspirasi Kepulihan ‘Family Fun Day’ di sini pada Sabtu. Menerusi program itu, pelbagai aktiviti diadakan meliputi komponen Model i-Pulih AADK seperti pembentukan fizikal dan disiplin, sosial dan rekreasi serta integrasi masyarakat. Turut hadir menjayakan program itu ialah Ketua Penolong Pengarah (Pemulihan Dalam Komuniti), Dr Nazira Sadiron.

Accessibility Toolbar